PEMBUKAAN AKAUN SSPN PRIME

KOD EKSEKUTIF PTPTN : 000009632

SILA CATATKAN KOD EKSEKUTIF PTPTN / ID EJEN – Perlu dimasukkan semasa pembukaan akaun secara online.

Lampirkan RESIT dan NO AKAUN SSPN selepas buat pembayaran ke alamat email m_shah@ptptn.gov.my untuk SEMAKAN PENYATA

PENGENALAN SIMPANAN SSPN PRIME

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.

Kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.

PANDUAN PEMBUKAAN AKAUN SSPN PRIME ONLINE

Sila fahami langkah-langkah diberikan dibawah ini sebelum membuka akaun SSPN Prime

  • Pendeposit merujuk kepada Ibu/Bapa/Penjaga, manakala Penerima Manfaat merujuk kepada anak/jagaan.
  • Bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN dan berumur melebihi 18 tahun boleh membuka akaun untuk diri sendiri (Pilih “AKAUN UNTUK DIRI SENDIRI” pada ruangan Jenis Akaun. Pastikan maklumat Pendeposit & Penerima Manfaat adalah sama).
  • Sekiranya umur pelajar tidak melebihi 18 tahun, Ibu/Bapa/Penjaga perlu menjadi pendeposit bagi pelajar tersebut (Pilih “AKAUN UNTUK ANAK JAGAAN YANG SAH”).
  • Untuk melayakkan Pendeposit mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan, akaun mestilah dibuka untuk anak/anak jagaan sah(Pilih “AKAUN UNTUK ANAK JAGAAN YANG SAH” pada ruangan jenis akaun) yang berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun traksaksi/pelepasan cukai.
  • Pendeposit & Penerima Manfaat mestilah berstatus warganegara Malaysia.
  • Deposit pembukaan minima RM 20.
  • Pastikan anda masukkan KOD EKSEKUTIF PTPTN : 000009642

Langkah 1

1. Sila klik pada pautan pembukaan akaun dibawah: 
KLIK SINI
2. Tarikh semasa pembukaan akaun dibuka.
3. Nama pendeposit, iaitu nama penjaga ibu atau bapa kepada penerima manfaat (anak) atau nama pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN.
*Nota: Jika pelajar yang buka akaun SSPN untuk memohon pinjaman PTPTN, umur anda mestilah 18 tahun keatas (cukup tahun dan bulan).
4. Sila pilih keturunan anda.
5. Sila masukkan no. KP pendeposit.
6.Sila pilih jenis akaun. *Nota:
7. Tarikh lahir akan dijana secara automatik mengikut No. KP pada item No.

Image

Langkah 2

8. Sila isikan maklumat pekerjaan pendeposit.
9. Sila isikan pendapatan pendeposit.
10. Sila masukkan alamat semasa pendeposit.
11. Sila masukkan poskod.
12. Sila masukkan no. tel rumah terkini.
13. Sila masukkan no tel. bimbit terkini.
14. Sila masukkan email yang aktif.

Image

Langkah 3

15. Masukkan nama Penerima Manfaat (nama anak/ atau jagaan. Nota: Jika akaun dibuka untuk diri sendiri, pastikan nama anda sama dengan nama pendeposit, pada langkah 1)
16. No KP penerima manfaat.
17. Pilih jantina.
18. Tarikh lahir (automatik dari janaan no KP diatas).
19. Nama waris terdekat (jika ada).
20. No KP waris (jika ada).
22. No tel waris (jika ada).

Image

Langkah 4

23. Masukkan amaun deposit serendah RM20.

24. Masukkan Kod Eksekutif PTPTN (EP) iaitu: 000009632
Nota: Kod EP adalah kod rasmi bagi Eksekutif lantikan PTPTN.
(Kegagalan memasukkan KOD EP menyukarkan kami untuk membantu anda dapatkan Pengesahan Pembukaan Akaun)

25. Maklumat lengkap dan Sila klik tick pada checkbox.

26. Sila klik pada butang Hantar.
*Nota: Sila buat semakan sekali lagi, pastikan maklumat yang diberikan betul untuk memudahkan urusan akan datang.

Image

Langkah 5

Langkah 5 - Paparan Pembayaran.
➠Dipaparkan No Akaun SSPN anda serta amaun yang dimasukkan pada langkah 4 diatas.
➠Sila klik pada butang Bayar

Image

Langkah 6 - Paparan Pembayaran.

➠Sila pilih salah satu bank untuk membuat bayaran secara online.
Nota: Pastikan anda mempunyai online banking untuk melakukan urusan ini.
➠Sila masukkan alamat email yang aktif.
➠Sila klik tick "I agree with...." dan klik pada butang "Bayar dengan FPX".

Image

Langkah 7 - Pembayaran Selesai dan Pembukaan Akaun Berjaya.

Tahniah! Pembukaan Akaun SSPN Prime anda telah berjaya.

Resit 1: Dipaparkan selepas pembayaran selesai pada PTPTN Payment Gateway.

Resit 2: FPX Transaction ini akan dihantar melalui email anda. Semak peti masuk (inbox) email anda.

*Nota Penting: Sila cetak / simpan / screenshot paparan "Urusniaga PTPTN Payment Gateway" & "FPX Transaction" untuk simpanan atau rujukan akan datang

Image

☛ PENTING: Langkah 8 - Surat Pengesahan "Akaun Pembukaan Akaun SSPN Prime atau Makluman No. Akaun SSPN Prime"

➠ Untuk mendapatkan surat "Akaun Pembukaan Akaun SSPN Prime atau Makluman No. Akaun SSPN Prime, anda perlu e-mail dengan kadar segera selepas pembukaan akaun berjaya dengan e-mail dibawah:

Image
E-mail:
Tajuk Email: Semakan Pengesahan Pembukaan Akaun SSPN Prime
Alamat Email: m_shah@ptptn.gov.my
Nota: Sila berikan No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit
(tanpa simbol "-", contoh: 871332015234)
 serta Lampirkan / attach resit "Urusniaga PTPTN Payment Gateway atau FPX Transaction"yang telah disimpan / screenshot  pada Langkah 7
, dan hantarkan melalui e-mail diatas.

KEISTIMEWAAN SIMPANAN SSPN PRIME

  1. Layak memohon pinjaman pendidikan;
  2. Pendeposit SSPN Layak Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000.00 setahun;
  3. SSPN Menawarkan Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas*;
  4. SSPN Memberi Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak.
  5. Simpan SSPN Prime Simpanan dijamin oleh Kerajaan;
  6. Kadar dividen SSPN kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan. 

Nota:

* Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat kematian/ ilat kekal (RM ke RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 hingga 65 tahun. Khairat kematian kepada penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

* Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.

** Keluarga berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang lengkap. Kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN SIMPANAN SSPN PRIME

Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpananSimpan SSPN Prime:

  1. Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;
  2. Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan Simpan SSPN Prime berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun;
  3. Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan Simpan SSPN Prime berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan
  4. Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.

SYARAT PEMBUKAAN AKAUN SSPN PRIME

  1. Pendeposit dan penerima manfaat kepada akaun Simpan SSPN Prime hendaklah warganegara Malaysia;

  2. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk dirinya sendiri;

  3. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat yang sama;

  4. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun;

  5. Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna seorang penerima manfaat pada masa yang sama boleh menjadi pendeposit; dan

  6. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun Simpan SSPN Prime bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.

PERLINDUNGAN TAKAFUL SSPN PRIME

Keistimewaan:

  1. Premium dibayar oleh PTPTN.

  2. Perlindungan Ringit ke Ringgit (akaun am) dan maksimum RM100,000.00 (akaun amanah).

  3. Khairat/ pampasan kematian untuk pendeposit (RM2,000.00) dan penerima manfaat (RM500.00).

 

Syarat-syarat:

  1. Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat kematian/ ilat kekal menyeluruh (TPD) (RM kepada RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 sehingga sebelum berumur 65 tahun. Khairat kematian kepada penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
    *Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.

  2. Perlindungan:

    1. Kematian
      • Amaun Manfaat bersamaan dengan baki akaun (RM kepada RM)
      • Khairat Kematian bersamaan RM2,000.00 (pendeposit)
      • Khairat Kematian bersamaan RM500.00 (penerima manfaat)

       

    2. Keilatan Kekal Menyeluruh (TPD)
      • Amaun Manfaat bersamaan dengan baki akaun (RM kepada RM) sehingga RM2,500,000.00 maksimum.

Nota : Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditakrifkan di dalam Sijil Induk

KELEBIHAN SIMPANAN SSPN PRIME

Dividen

Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan

Geran Sepadan

Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak

Perlindungan

Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas

Layak memohon pinjaman pendidikan

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.

Pelepasan Cukai

Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000.00 setahun

SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL

Jom sertai sekarang, pelbagai keistimewaan diberikan SSPN